Salam 1 Malaysia, dah berapa lama agaknya aku tak bermadah helah kat sini ek? HUHU. Aku pon taktahu dan malas nak tahu. Dah lama rasanya aku nak kongsi cerita pasal 'Kehidupan Pelajar Yang Tertekan'. Kenapa boleh tertekan?
Jom kita renung-renungkan. . . .
#1-Hutang Hutang dan Hutang ! Hutang PTPTN la, hutang dengan makcik tandas la sebab haritu masuk tandas tak bawak syiling 20sen, hutang dengan kawan, hutang ngan mak bapak, hutang dengan kedai mesin basuh sebab haritu janji nak bayar ansur-ansur, hutang dengan AhLong?? Jangan sesekali okayy!
Tak semua mengalami masalah ni sebenarnya dan ada jugak yang sebenarnya sering dibelenggu dengan masalah ni. Dalam banyak-banyak masalah, masalah hutang ni lah yang paling serabut nak difikirkan bila kita sendiri pon tengah sengkek kan? Aku pon pernah alami. Memang tension. Setiap bulan ada je pihak terbabit call, tanya bila nak bayar itu ini. Time ni la baru kita dapat rasa macam mana ibu bapa kita rasa bila setiap bulan gaji keluar, banyak duit yang nak disalurkan ke tempat lain contohnya, bil telefon, bil elektrik, sewa rumah dan sebagainya. Tapi kita yang tak sedar tu semua, buat rileks buat peace je guna tu semua sewenang-wenangnya. Bergayut ngan pakwe tak kira masa, kredit sendiri ada taknak guna. Rumah dah terang pon, lagi mau pasang lampu. Apa daa. Cubalah hargai sikit apa yang kita ada sekarang nih.
Pelajar dan hutang PTPTN memang tak dapat dipisahkan. Kadang-kadang aku terfikir, kenapalah benda ni semua diwujudkan kalau diaorang tahu ia hanya akan membebankan pelajar? Ke, diaorang memang tak tahu dan tak sedar. Ya, memang semua ni mampu meringankan beban pelajar semasa proses pengajiannya. Tapi masalah pada pelajar tu sendiri bila mereka sikit pon tak menghargai wang pinjaman yang diberikan. Orang dah bagi pinjaman, kau pergi berjoli. Orang suruh kau utamakan pelajaran, kau sibukkan hal lain. Tak susah sebenarnya kalau nak difikirkan pasal pinjaman PTPTN ni. Kalau kita belajar pandai-pandai, dapat CGPA yang bagus-bagus, insya-Allah, beban yang kita nak tanggung pon mesti kurang kann?
#2-Kerja kerja dan kerja ! Bila dah banyak benda yang rasa nak dibayar, pelajar-pelajar mula melibatkan diri dalam 'kerja'. Kerja secara part-time. Kesian kan muda-muda dah kena kerja. Tapi apa boleh buat, tu jela caranya nak tambah pendapatan tanpa menyusahkan mak bapak. Tu jela caranya nak langsaikan segala hutang-piutang. Hutang ni tak selesai lagi, tiba-tiba adik mintak beli baju Cowboy pulak. Haih. Tension tension. Bila dah tension, mula melibatkan diri dalam benda yang tak sihat. Merokok. Boleh hilangkan tension katanya. Memang boleh hilang tension, tapi boleh menambah penyakit kau tau tak? Elok-elok badan kau sihat, tiba-tiba boleh dapat kanser paru-paru lak. Ape celopp! Tapi tu la aktiviti yang kebanyakan orang sekarang buat. Tak dinafikan bukan saja lelaki, perempuan pon ada. Tengok saja tempat aku kerja kat Subang Parade tu, lelaki perempuan dok hisap hembus asap rokok tanpa segan-silu. Memang dah jadi trend sekarang kott kan? Haish. Aku bersyukur sebab tak terdorong lagi ke arah tu. Tipulah kalau aku kata aku taknak cuba semua tuh. Tapi aku CUBA untuk tidak mencuba. Bukan bagus pon kann.
#3-Result jatuh? OMG !!! tengok je result, hampa. Rasa macam taknak belajar dah sebab dah patah semangat. Padahal masa sebelum exam haritu, kau jugak yang lalai. Kau jugak yang dok 'huha' sana sini seolah-olah diri kau takde tanggungjawab. Bila ada kelas, ponteng. Peratus kedatangan merundum, lecturer nak pandang muka pon tak sudi. Semuanya berpunca dari diri sendiri kan? Nak 'enjoy' bolehh. Tapi biar berpada-pada. Ingat jugak awak tu seorang PELAJAR. Kena belajar. Utamakan dulu mana yang penting. Tak ke mana pon kalau kau lebih pentingkan yang lain daripada pelajaran. Ingat. Pelajaran tu penting. Setiap orang ada cara belajarnya tersendiri. Nak 'enjoy' boleh, tapi jangan sampai lupa kat pelajaran ok. Pandai-pandailah kome bahagikan masa untuk belajar dan 'berekreasi'. Kalau sepanjang masa pon nak belajar tension jugak kann. Ada masa otak tu nak rileks jugak. Tapi biar rileks secara sihat okayy! :D [Peringatan buat diri aku jugak]
#4-Kawan kawan dan kawan! Orang kata, kawan mempengaruhi kita. Kalau taknak terpengaruh ke arah yang tak elok, jangan berkawan dengan kawan-kawan yang tak elok. Senang je kann? Nak berkawan pon kadang-kadang memang ambil masa jugak. Bagi aku, aku lebih suka berkawan dengan kawan yang 'gila-gila' sampai aku pon jadi gila kadang-kadang. HAHAHA. Kalau nak serius sangat selalu pun, tak meriah jugak hidup ni. Bila nak main-main sikit pon tak best, nak bergurau kasar sikit pon tak boleh. Bosan siot! Bila dengan kawan-kawan yang 'gila' ni,kalau aku nak cakap apa pon cakaplah. Memang ia agak kasar, tapi sebenarnya dalam hati tak maksudkan pon. Bergurau semata-mata. Gurau-gurau kasar gituww~ Ada masa kita manjeww-manjeww~ HAHAHA. Tapi yang penting, sebaik mana pon kawan kita, sejahat mana pon mereka, terus dan sentiasa jaga hati mereka. Mungkin masa kita ada ni, mereka takkan menghargainya. Tapi bila satu masa kita takde lagi dengan mereka, baru mereka terasa kehilangannya kott. HAHA. Jangan sampai kawan-kawan kita TAKUT nak berkawan ngan kita ok.
So guys, sejauh mana pun masalah yang kita hadapi, CUBA hadapi dengan hati yang tabah ok? Jangan berfikiran pendek, belum apa-apa lagi, korang dah rasa nak bunuh diri ke apa, JANGAN eh, JANGAN!! Mark my word, JANGAN !! Setiap masalah tu ada jalan penyelesaiannya. Bergantung pada diri kita macam mana nak selesaikan. Harini mungkin kita terasa semua bebanan tu, tapi bila kita dah rasa hidup senang, baru kita tahu nak menghargainya bukan? Dan kalau boleh, jangan cari masalah, kalau kita sendiri taknak berhadapan dengan semua masalah tuh. Salam sayang daripada aku, Diyana Abd Rahman
Kenapa hidup pelajar tertekan?


