Bermulanya tahun baru, maka bermulalah semangat baru. Semangat baru mana nak datang kalau tak ada azam dan niat kan? Kita lupakan yang lepas, kita mulakan dengan sesuatu yang baru. Kita jadikan yang lepas sebagai pengajaran untuk mulakan sesuatu yang lebih baik pada hari yang akan datang.
Kalau semalam kita bukanlah seorang yang baik, apa kata mulai saat ini, kita cuba jadi baik. Kalau semalam kita bangun pagi pon taklah 'pagi' sebenarnya, apa kata lepas-lepas ni kita bangun pagi yang betul-betul pagi. Kalau sebelum ni kita belajar macam nak taknak, apa kata lepas ni kita berusaha bersungguh-sungguh. Kalau sebelum ni kita tak reti masak (aku ler tuhh), apa kata kita mula belajar masak!
Banyak lagi jenis perubahan yang kita boleh lakukan dalam diri kita. Dan sebenarnya tidaklah senang untuk melakukan perubahan itu kerana semua tu bergantung pada diri kita. Kalau kita nak berubah tapi masih ulang perkara yang sama, lagu mana hang nak berubah?? Hangat-hangat tahi ayam je jadinya.
Yeah. Aku harap penghijrahan aku lepas ni akan betul-betul bagi impak buat diri aku. Penghijrahan dari segi apa, biarlah aku rahsiakan dulu~ Apa-apa pun, wat lek wat peace je okay.. haha




1 orang berani berkata-kata:
yaahh. berubah kearah kebaikkan.:)
belajar memasak. sebab kite pon tak reti memasak. hikhik.:)
Post a Comment