01 December 2011

hanya untuk dia tahu ;)

Kali ni aku nak buat entri untuk si dia. Kali ni je tau, kali niiii je~ Insya-Allah lepas ni aku tak buat lagi. Lantaklah dia baca ke tak, aku nak luahkan jugak. Kalau korang nak muntah darah dengan post aku kali ni pon, aku tak boleh nak kata apa la kann?

Ehem ehem.


Buat si dia,
 
Sebenarnya aku nak kau tahu,

 
#Walaupun aku tak pernah or even beberapa kali je aku mesej kau dulu,aku nak kau tahu yang aku sentiasa tunggu kau mesej aku dulu. Mungkin aku agak selfish ke ego en bila buat macam ni, tapi itu je kot caranya untuk aku tahu yang kau masih perlukan aku untuk teman kau ataupun tidak.



#Walaupun ada satu masa tu, kau lambat je mesej aku, aku nak kau tahu, selagi kau tak mesej aku pada hari tu, selagi tu lah hati aku rasa gelisah. Aku takut sebenarnya. Takut kau beralih arah lagi.



#Walaupun aku nampak macam tak kisah pasal kau, aku nak kau tahu yang aku sebenarnya kisah gila pasal kau. Cuma aku tak suka nak tunjukkan. Aku tak nak kau berasa rimas bila aku asyik nak sibuk hal kau, tanya itu ini. Sebab tu kadang-kadang aku cuba alihkan topik bila mesej dengan kau, aku taknak memanjangkan hal tu.



#Walaupun aku tak pernah bagitau aku rindu kat kau, tapi untuk pengetahuan kau, hari-hari aku rindu kat kau. Sampaikan kadang-kadang tu aku cuba untuk buang kau dari fikiran aku sebab aku takut yang cuma aku je yang merindui kau, sedangkan kau rindu kat orang lain. Tapi nasib baik kau pun rindu aku. Hehe. Hati aku berbunga-bunga tau tak setiap kali kau kata kau rindu aku. [Gataiii~]



#Walaupun kau selalu cakap yang kau suka aku la, sayang aku lah, tapi aku nak kau tahu yang aku kurang percaya semua tu bila kau tambah muka ni ---> :P  Kau paham kan maksud aku? Selalunya muka macam tu dibuat pada benda yang kita anggap guarauan ataupun menandakan kita 'mengejek'. So, jangan tanyalah kenapa kalau sampai sekarang ni, aku masih tak boleh nak percayakan kau.

 

#Walaupun aku nampak rileks, cool, sentiasa 'wat lek wat peace', tapi kau tak tahu, bila dulu kau asyik buat status yang menunjukkan kau masih teringat kat ex kau tuh, hati aku sedih kott. Cemburu ape semua ada. Saja aku taknak tunjuk. Aku tak perlukan simpati orang. Cukuplah sorang je kawan aku yang aku berkongsi cerita pasal ni. Aku saja taknak nasihat kau untuk lupakan dia, sebab aku tahu itu hak kau untuk lupakan dia atau tak. Dan aku nak kau berusaha sendiri untuk buang semua tu dari fikiran kau. Tak bolehlah semua pon nak bergantung pada orang kann? Kalau kau sendiri tak dapat nak melupakannya, maknanya kau still perlukan dia dalam hidup kau kan? So, aku tak boleh nak paksa kau.



#Walaupun aku tak pernah tanya denga siapa kau keluar, aku nak kau tahu, sebenarnya aku nak sangat tahu pasal tu. Sebabnya, aku risau. Aku risau kau keluar dengan kawan yang salah. Aku harap kau dah cukup pandai untuk semua tu kan?? So, tak payahlah kot aku nak jadik macam 'mak mak'  plak nak nasihatkan kau itu ini.



#Walaupun aku tak pernah kata yang aku bosan bila bermesej dengan kau, sebenarnya aku tipu. Memang ada waktu-waktu tertentu tu aku tengok kau macam bosan je mesej ngan aku. Tapi bila tanya, kau katakan 'Tidak'. Tapi aku yang bosan ni terpaksa tipu diri aku dan jugak kau. Sebab aku taknak kau kecik hati. Sebab tu la kadang-kadang tu aku cari point untuk menjawab balik apa yang kau cakapkan tu. Kau pun selalu cakap aku suka menjawab enn. Aku suka merepek bagai tu semua en, sebab aku nak hiburkan hati kau. Kalau kau terhibur, aku pun turut terhibur tau! Tapi aku taktau samada kau betul-betul terhibur ataupun tidak sebab aku tak dapat nak tengok reaksi sebenar kau time tu. Hmm kan best kalau masa tu aku boleh muncul keluar jap dari skrin henset kau. Hahha

 

#Walaupun kau nampak aku mesra dengan certain mamat nih, aku nak kau tahu, yang nama kau tak pernah terpadam pon dalam hati aku ni. Tipulah kalau tak terpadam langsung kan. Ada la kadang-kadang tu terpadam sikit, so itu yang akan membuatkan aku cari alternatif lain untuk tulis balik nama kau dalam hati aku. Time ni, mungkin aku yang akan mesej kau dulu. Hehe



#Walaupun aku jarang dapat jumpa kau, jumpa pon mungkin time keluar lunch sama-sama atau jumpa kat kelas, tapi aku nak kau tahu, kalau boleh aku nak sentiasa ada dengan kau. Tapi aku tahu aku TAK BOLEH buat macam tu. Aku kena ingat motif aku datang ke kolej tu, aku kena ingat yang aku masih ada rakan-rakan untuk berjalan bersama, kau pun masih ada rakan-rakan untuk lepak bersama. Jadi, aku taknak KITA jadi macam pasangan-pasangan lain yang telah melupakan kawan mereka apabila mereka sudah bercouple. Aku taknak disebabkan kita terlalu 'asyik' bersama, rakan-rakan meluat dengan kita. Aku taknak ! Aku taknak ! Lagipun, sebelum kita kenal antara satu sama lain, kita kenal rakan-rakan kita tu dulu kan?? Jadi, tak salah kita luangkan lebih masa bersama mereka. Kan kan??



#Walaupun kau tak pernah sentuh aku, aku nak kau tahu, yang aku sayang kau sangat sangat sebab kau tolong selamatkan aku. Kau selamatkan aku daripada mendorong diri kita ke arah yang lebih buruk kan?? Alhamdulillah, sekurang-kurangnya aku mampu mengawal diri aku daripada ulang benda silap yang aku pernah buat dulu. Seriously, aku memang taknak buat dah benda camtu. Memang kadang-kadang tu naluri 'nakal' aku tu ada, tapi aku cuba sedaya upaya untuk tolak tu semua. Sebab tu aku nak cari pasangan yang tak akan mendorong aku ke arah tuh. Aku ni pon jenis kuat terpengaruh juga sebenarnya. Dan sebenarnya, kalau kau nak pegang tangan aku pon, aku rasa aku akan kekok gila untuk buat macam tu sebab aku tak pernah buat macam tu lagi bila keluar ngan mana-mana boyfriend aku dulu.




#Dan yang terakhir sekali, walaupun kau kata kau sayang aku, kau rindu aku, dan macam-macam lagi lah, aku nak kau tahu, yang aku masih tak dapat nak terima semua tu sepenuh hati aku. Sebab aku takut. Ye, memang aku masih takut sekiranya bila aku mulai terima kau sepenuh hati aku, kau akan hilang tiba-tiba dan tinggalkan aku. Macam yang kau pernah buat dulu. Hanya Allah SWT je tahu betapa perit nya aku rasa time tuh. Dan aku pon tak dapat nak terima semua tu bulat-bulat lagi, selagi kau tak bagitau sebab sebenar kau buat status 'in a relationship' dengan aku. Kau kata nak bagitahu aku kan? Bilanya? Dah lama aku nak tahu ni. Dan aku sebenarnya lebih suka kalau ada orang bagitau sendiri daripada aku tahu sendiri sesuatu benda tu.



Itu saja yang aku nak kau tahu. Selebihnya, mungkin aku tak mampu nak luahkan, tapi kau sebagai lelaki kau harus tahu la kan semua tuh. Lantaklah orang yang aku nak dia baca ni, baca ke tak benda ni semua, tapi aku harap suatu hari kalau-kalau dia nak 'pergi' dari hidup aku atau aku yang 'pergi' dulu dari dia buat selama-lamanya, aku nak sangat dia tahu semua ni, kalau boleh~ Aku nak bagitau sendiri?? Haha. Aku tak se'romantik' itu lahh. 


 source : tumblr




p/s : #walaupun aku terima kau balik, bukan beerti aku dah lupakan semua yang kau pernah buat kat aku dulu. Aku masih ingat dan sentiasa ingat. Sebab tu aku perlu berhati-hati sikit supaya hati aku tak dimainkan lagi disamping mencari sebab untuk aku jadi yakin dengan kau sepenuhnya.
 

2 orang berani berkata-kata:

k e y r i said...

walaupon entry ni xde kene mengena dgn aku, tp aku rase syahdu la pulak! hahaha

Diyana Abd Rahman said...

HAHAHAHAHAHA. poyo gila. :D