06 December 2011

jatuh sekali, jangan jatuh selama-lamanya.

Dapat-dapat tahu je result, aku tak tahu aku nak sedih atau gembira. Tapi yang pastinya aku bersyukur la jugak aku masih dapat yang baik baik. Walaupun jatuh 0.3 dari semester lepas, [nampak sangat aku banyak main kannn -.-], tak bermakna aku kena terus kecundangkan pointer aku kann? Tapi agak tak sangka, banyak main-main pon, result aku masih boleh bertahan walaupun tak tahan jugak lah aku menengoknya. 

Daripada 3.78, jatuh kepada 3.48. Okayy. Malu. Tampar muka aku cepat -.-

Tapi kan tapi kan, semester kali ni aku dua subjek je. Elements of Building Construction dan Building Services. Short sem la katakan. (n_n)v Dua subjek yang macam best je bunyi nye kan? Tapi aku baru masuk untuk Building Services je tadi. Seriously best sebab benda yang aku dah pernah belajar la jugak sebelum ni masa kat Sekolah Menengah Teknik Taiping dulu. [nampak tak kelebihan masuk sekolah teknik di sini?] Tapi, bagi aku, pernah belajar ke tak pernah belajar ke, still subjek yang 'baru' bagi aku. Kalau dulu, aku belajar dalam bahasa Melayu, sekarang kena belajar dalam bahasa Inggeris. Tapi tak apa, at least aku dapat belajar sesuatu yang aku belajar dulu tapi dalam versi bahasa Inggeris dan lebih mendalam pelajarannya. Kiranya masa aku belajar kat sekolah teknik dulu,  basic dia jela. At least yang mana aku tak paham, aku boleh rujuk balik nota-nota aku dulu. Hahahhaha. Korang ada?? Terasa bongkak pon ada. Huh! 

So, aku pon 'rasa' maybe semester ni aku nak kejar 4 rata tuh. Dua subjek je kott. Takde yang mustahil kan? Lantak lah 4 rata tu nak lari sampai mana, aku nak kejar gak. Lagipun aku ada geng nak kejar 4 rata tu. Hhehe. 

Buat insan-insan dan kawan-kawan kat luar sana yang kecewa dengan result mereka, rileks okay. Wat lek wat peace je. Sekali korang jatuh, takkan korang nak jatuh lagi kot di masa akan datang nanti? Taknak bangun dan terus berjalan ke hadapan ke? Taknak tengok ke masa depan yang cerah? Tak jeles ke tengok orang lain berjaya dapat kerja best-best, gaji masyuk-masyuk, pangkat tinggi-tinggi, hidup senang-lenang, buat makbapak bangga, dapat pakai topi empat segi tuh? 

Terpulanglah kalau nak main-main lagi. Aku tak suruh pon korang struggle gila study sampai jadi orang gila. Cuba jangan 'study hard' sangat, tapi belajar untuk 'study smart'. Tapi yang paling penting, jangan belajar untuk exam semata-mata, tapi belajar untuk tambahkan lagi pengetahuan kita. Belajar untuk exam semata-mata, lepas exam komfem dah lupa. Tapi kalau kita tanam setiap apa yang kita belajar tu dalam diri kita, insya-Allah kita akan ingat sampai bila-bila. Sekian, setakat ni je aku nak potpetpotpet. Bye.


p/s : dan awak, saya tahu result awak tak seberapa dan saya pon sedih bila dapat tahu punca kesedihan awak tuh. tapi jangan pernah mengalah okayy :')



1 orang berani berkata-kata:

محمد رازيق said...

all da best.. kadi dapat 4 rata :) free2 jmput dtg blog bc kisah HARIMAU, CICAK dan MANUSIA :)