30 January 2012

kawan masa senang, kawan masa susah.

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Kali ni aku nak berkongsi pendapat pulak pasal ‘KAWAN MASA SUSAH’ dan ‘KAWAN MASA SENANG’. Mula-mula aku nak habaq mai sikit la kann. Kita ni sebagai manusia, kadang-kadang dipertemukan dengan seseorang tu tak semestinya untuk melalui hari-hari gembira je bersamanya. Mungkin takdir kita bersama dia hanyalah sekadar menjadi pendengar setia bila dia ada masalah. Mungkin dengan orang lain pula, kita lebih sesuai menjadi kawan sama-sama sengal di masa gembira.  Dan ada juga di antara kita yang telah dipertemukan untuk melalui masa susah dan senang mereka bersama.

First of all, aku nak cakap la kann, bukan mudah sebenarnya untuk kita melalui masa senang kita dengan SEMUA kawan-kawan kita serentak.  

Sebagai  contohlah kann. Kita berkawan dengan A dan B. Lepas tu dalam masa yang sama, kita juga berkawan dengan C. Mustahil kot untuk kita ber’huahua’ dengan 3 orang ni sekaligus tambah-tambah pulak si C ni baru je pon jumpa si A dan B tu time tuh. Kan dah nampak rasa ketidakselesaan di situ kann? Dan kita yang kena melayan ni pon mesti nak kena jaga hati dua-dua belah pihak kann. Dah la si A dan B ni dah 3 tahun tak jumpa. Yang si C ni pulak dah setahun tak jumpa. Masing-masing nak diberikan perhatian dan inginkan perhatian yang lebih bukan? Kalau dah lama tak jumpa, mesti kita nak sedikit privacy bila berjumpa supaya senang nak sembang kencang, nak gosip-gosip, nak share some stories or whatsoever la kann. Jadi kat sini, rasanya kita kena belajar untuk membahagikan masa untuk teman-teman kita yang kerinduan tu untuk bersama dengan kita. Buat kawan-kawan di luar sana, tolonglah faham sikit situasi kawan-kawan kamu. Bukan kamu seorang je yang berkawan dengan dia. Ramaiii lagi. Ramai lagi yang dia nak kena layan, nak kena jaga hati, nak kena belai-belai. Ehhh? -.-

Yang keduanya, memang! Memang akan ada sesetengah kawan kita yang akan mencari kita masa mereka susah je. Kenapa? Sebab mereka tahu, hanya KITA je yang boleh faham dan boleh selesaikan situasi yang mereka sedang alami masa tu. Tapi biasanya, orang akan mengungkit balik kann? ‘Dulu masa kau susah, aku ada. Sekarang aku susah, sikit pon kau taknak tolong kann?’. Come on lahh! Perlu ke mengungkit balik? Bukan setiap kali dia susah dia akan cari kau kann? Keburukannya di sini ternampak jelas bila kau start mengungkit. Hati-hati. Jangan sampai lepas ni, orang dah taknak ‘terhutang budi’ dengan kau lagi sebab diaorang takut kau akan MENGUNGKIT. HAHA. Nampak naa ketidakikhlasannya di situ kan? Jangan tanya kalau-kalau lepas ni orang tak cari kau lagi. Nak tolong orang masa susah, biar ikhlas. Dan apa yang perlu kita tahu, tak semestinya orang tu taknak tolong kita sebab mereka dah lupakan kita. Setiap orang ada masalah mereka sendiri yang orang lain tak tahu. Mungkin kali ni,dia tak dapat tolong kau. Hari-hari esok, dia still boleh tolong kau kan. Mungkin bukan dengan cara yang sama kau tolong dia, mungkin dengan cara yang lain, cuma pertolongan tu kau tak nampak je sebab kau tak pernah nak menghargainya kan?

Dan beruntungnya lahh jika kita ada kawan yang sesuai untuk kita kongsi  kegembiraan dan kesusahan kita. Yes. Kawan jenis ni  la yang sebenarnya akan membuat kita selalu melekat dengan mereka. Orang ni akan selalu berada di belakang kita :’) Biar jauh di mata, tapi dekat di hati. Tak perlu dilimpah dengan harta, tapi cukuplah sekadar dapat memahami. Tak perlu kata-kata puitis, tapi enaklah dibuat kawan sekiranya pandai  jaga hati. Kadang-kadang kita tak perasan bila apa yang kita cakapkan, bakal menyakitkan hati pihak lain. Tak payah risau, cuba bayangkan je kalaulah kita berada di tempat mereka, apa kita akan rasa dengan kata-kata macam tuh? Sakit hati? Pedih? Macam dihiris belati tajam? HAHA. Kalau kita pon taknak rasa macam tu daripada kawan-kawan kita, kita JANGAN buat dahulu. Kita nak orang selesa berkawan dengan kita, kita kena buat mereka selesa dengan diri kita.Dan setiap orang ada cara tersendiri mereka berkawan. Kalau betul kau dah kenal seseorang tu, kau tahulah nanti~

*******

Kawan masa susah, kau lah hero di mataku. Kau boleh ada setiap kali aku perlukan kau. Tapi sayangnya, mungkin kau tak sesuai untuk jadi kawan masa senangku. Mungkin kau tidak sesuai untuk aku kongsi kegembiraan bersama. Aku cari kau masa susah, aku buang bila dah senang. Tu tak bermakna kau sebagai kawan aku, kau telah di’patung-patung’ kan oleh aku. Tidak sama sekali. Aku hargai setiap kawan yang aku jumpa. Setiap daripada mereka memberikan manfaat buat aku untuk aku menghargai mereka. Terima kasih sebab mengorbankan masa kau untuk orang yang sering menyusahkan kau ni.

Kawan masa senang, terima kasih sebab sudi berkongsi kegembiraan dengan aku. Tapi maaf sekiranya aku terlalu berahsia sesuatu perkara. Bukan tidak sudi, tapi mungkin aku tak nampak lagi sejauh mana korang boleh menerima masalah aku dengan sebaiknya. Dan terima kasih sebab dah buat aku gembira. Aku akan ingat setiap kenangan yang dah kita ciptakan tu ye. HAHA

Kawan susah dan senangku, kaulah sahabat, kaulah peneman aku di kala sunyi. Ceewahhh. Biarpun aku tak nampak usaha yang kau lakukan selama ni, aku tahu, kau masih berada di belakang aku. Support aku! Terima kasih banyak-banyak. Semoga persahabatan kita takkan mati di mana-mana :’D


p/s : Jangan jadi kawan yang orang takut nak cari lagi, tapi jadilah kawan yang akan sentiasa orang tercari-cari.Bukan senang nak dapat kawan yang se'kepala' dengan kita tau tak ?! So, apa pendapat korang ? ^^,




1 orang berani berkata-kata:

PrinceQush said...

erm... 1st of al aku nk habaq.. awat guna bahasa kedah..??? haha... kan dah nmpak ketidakikhlasan nk duduk KL..... haha.. melawak je... 2nd.... aku pernah mengalami situasi nieh.... baru je lagi.. boleh bagi nasehat kat aku tak.....???